23 Mei 2008 / 17 Jamadil Awal 1429
Potensi tanaman Cendawan
BENGKEL Usahawan Mega-Utusan yang diadakan dengan kerjasama Pusat Pengembangan, Keusahawanan dan Pemajuan Profesional (APEEC), Universiti Pertanian Malaysia (UPM) dan Agrobank telah mendapat sambutan menggalakkan walaupun baru pertama kali diperkenalkan.
Kira-kira 300 peserta menghadiri bengkel permulaan selama sehari itu yang menampilkan beberapa penceramah dari UPM, Agrobank dan usahawan cendawan yang berjaya.
Bagi memberi peluang kepada lebih ramai pembaca Utusan Malaysia turut mengikuti bengkel tersebut, mulai minggu ini, Bahagian Agro-Mega akan memaparkan bahan-bahan yang berkaitan tanaman cendawan yang dipetik dari bahan-bahan penceramah.
Minggu ini ruangan Agro memaparkan intipati daripada kertas kerja yang dibentangkan oleh Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Padi, Tanaman Industri dan Florikultur Jabatan Pertanian, Che Hasmah Hassan bertajuk Peranan dan Bantuan Jabatan Pertanian Dalam Industri Cendawan.
Meningkatkan permintaan : Jumlah penduduk - 26 juta (2005) :
Sasaran Jabatan Pertanian : Jumlah penduduk - 30 juta (2010) :
Kadar makan - Dua kilogram/orang/tahun
Keperluan cendawan - 60,000 tan/tahun
Membangunkan penanaman secara komersial
I. Memperhebatkan khidmat pengembangan.
Menggalakkan usahawan tani menceburi industri cendawan.
Mengesyorkan supaya tanaman jenis yang berpotensi ditanam.
Mengadakan kursus dan lawatan sambil belajar untuk melatih pengusaha.
Memantau dan menilai projek.
II. Khidmat perundingan swasta
Menyampaikan maklumat berkaitan secara insentif percukaian dan dana-dana yang disediakan oleh kerajaan.
Menggalakkan perkongsian pintar bagi syarikat yang tidak memiliki tanah.
Menggalakkan syarikat bukan pertanian melabur.
Menggalakkan pengusaha memohon MoA Inc.
III. Menyediakan insentif untuk usahawan
Jabatan Pertanian memberi insentif sebanyak RM20,000 untuk pengusaha dalam bentuk fizikal yang disalurkan ke Jabatan Pertanian Negeri.
Lain-lain bantuan
SYARAT MENYERTAI MOA Inc.
Mempunyai pelan perniagaan.
Mempunyai kawasan.
Berdaya maju dan berterusan
Berskala besar, komersial dan menepati saiz ekonomik yang ditetapkan.
Projek yang mempunyai pengurus.
Menjurus kepada pensijilan Q dan keselamatan makanan.
Pelan pemasaran yang jelas.
Pelbagai cendawan yang boleh ditanami.