Friday, May 23, 2008

Potensi tanaman Cendawan


23 Mei 2008 / 17 Jamadil Awal 1429

Potensi tanaman Cendawan


BENGKEL Usahawan Mega-Utusan yang diadakan dengan kerjasama Pusat Pengembangan, Keusahawanan dan Pemajuan Profesional (APEEC), Universiti Pertanian Malaysia (UPM) dan Agrobank telah mendapat sambutan menggalakkan walaupun baru pertama kali diperkenalkan.


Kira-kira 300 peserta menghadiri bengkel permulaan selama sehari itu yang menampilkan beberapa penceramah dari UPM, Agrobank dan usahawan cendawan yang berjaya.


Bagi memberi peluang kepada lebih ramai pembaca Utusan Malaysia turut mengikuti bengkel tersebut, mulai minggu ini, Bahagian Agro-Mega akan memaparkan bahan-bahan yang berkaitan tanaman cendawan yang dipetik dari bahan-bahan penceramah.

Minggu ini ruangan Agro memaparkan intipati daripada kertas kerja yang dibentangkan oleh Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Padi, Tanaman Industri dan Florikultur Jabatan Pertanian, Che Hasmah Hassan bertajuk Peranan dan Bantuan Jabatan Pertanian Dalam Industri Cendawan.


Meningkatkan permintaan : Jumlah penduduk - 26 juta (2005) :
  • Kadar makan cendawan - 324 gram/ orang setahun.
  • Keperluan cendawan negara - 8,424 tan setahun.

Sasaran Jabatan Pertanian : Jumlah penduduk - 30 juta (2010) :

  • Kadar makan - Dua kilogram/orang/tahun
  • Keperluan cendawan - 60,000 tan/tahun
  • Membangunkan penanaman secara komersial

I. Memperhebatkan khidmat pengembangan.
  • Menggalakkan usahawan tani menceburi industri cendawan.
  • Mengesyorkan supaya tanaman jenis yang berpotensi ditanam.
  • Mengadakan kursus dan lawatan sambil belajar untuk melatih pengusaha.
  • Memantau dan menilai projek.
II. Khidmat perundingan swasta

  • Menyampaikan maklumat berkaitan secara insentif percukaian dan dana-dana yang disediakan oleh kerajaan.
  • Menggalakkan perkongsian pintar bagi syarikat yang tidak memiliki tanah.
  • Menggalakkan syarikat bukan pertanian melabur.
  • Menggalakkan pengusaha memohon MoA Inc.
III. Menyediakan insentif untuk usahawan

Jabatan Pertanian memberi insentif sebanyak RM20,000 untuk pengusaha dalam bentuk fizikal yang disalurkan ke Jabatan Pertanian Negeri.


Lain-lain bantuan
  • Memberi sokongan dalam mendapatkan kemudahan, pengiktirafan dan insentif dari agensi lain seperti pinjaman di bawah MoA Inc.
  • Membekalkan benih induk dan benih tanaman cendawan.
  • Menyokong permohonan jawatan asing dan buruh asing.
  • Menemukan pengusaha dengan anchor company, pengeksport dan pasar raya besar.

SYARAT MENYERTAI MOA Inc.

Mempunyai pelan perniagaan.
  • Mempunyai kawasan.
  • Berdaya maju dan berterusan
  • Berskala besar, komersial dan menepati saiz ekonomik yang ditetapkan.
  • Projek yang mempunyai pengurus.
  • Menjurus kepada pensijilan Q dan keselamatan makanan.
  • Pelan pemasaran yang jelas.
Pelbagai cendawan yang boleh ditanami.

  • Tiram kelabu (Pleurotus sajur-caju)
  • Tiram putih (Pleurotus florida)
  • Tiram kuning (Pleurotus citronipileatus)
  • Tiram merah jambu (Pleurotus flabellatus)
  • Abalone (Pleurotus cystidiosus)
  • Jerami padi (Volvariella volvaceae )
  • Jeli hitam/telinga kera (Auricularia polyruchia)
  • Ling zhi (Ganoderma licidum)
  • Bunga kubis (Hericium erinceus)
  • Perut lembu (Clitocybe sp)
  • Berangan (Agrocybe sp)
  • Peha ayam (Coprinus sp)
  • Shiitake (Lentinula edodus)
  • Butang (Agaricus bisporus)
  • Jarum mas (Flammulina velutipes)


No comments: