Thursday, July 24, 2008

Golden-needle-mushroom



Golden-needle-mushroom (Jin-Gen-Gu) successfully kills 95% of cancer cells( Taiwan Report)Research done by Singapore U shows that eating this mushroom can destroy 95% of cancer cells in our body by boosting our immune system.
Professor Phan Hwai Chong of Yang Ming Research Centre in Taiwan told Reporter that consuming this kind of mushroom, one of the ingredients in the mushroom can trigger the multiplication of our healthy 'defensive' cells.
By out-numbering the cancer cells, healthy cells help eradicate cancer cells. American scientists have since run tests on this particular type of mushroom extract with blood, done outside human body. Results show that mushroom extract is able to destroy cancer cells.
According to Taiwan professor, since healthy 'fighting' cells can be multiplied to tens & thousands of times, it can either be used as drip or just by eating mushroom.
The mushroom is most frequently taken with steam boat. Cooking time should be less than 3 minutes, or the healing property would greatly diminish.

Thursday, July 3, 2008

Proses Penanaman Cendawan - Secara am

(A) PENYEDIAAN BEG CENDAWAN

Bahan/Peralatan:-
· Habuk Kayu Getah
· Dedak Halus
· Kapur Pertanian
· Beg Plastik (tahan panas, saiz 8.5cm x 35cm)
· Gegelang PVC (panjang 2-3cm, garis pusat 3cm)
· Kapas/Surat Khabar Lama + Getah Pengikat

Caranya :-
1. Gaulkan habuk kayu getah, dedak dan kapur pertanian pada kadar 100:10:1
2. Campurkan air sehingga campuran habuk kayu lembab dan apabila dikepal tidak berderai.
3. Masukkan campuran habuk kayu getah ke dalam beg plastik dan hentak sehingga padat.
4. Pasangkan gegelang PVC dan tutup dengan penyumbat kapas atau ditutup dengan kertas surat khabar lama dan diikat dengan getah.


(B) PENGUKUSAN BEG CENDAWAN

Bahan/Peralatan:
· Tong Drum
· Set Dapur Gas

Caranya :-
1. Letakkan lapik (dari bata atau kayu dan dawai jaring) ke dalam tong drum setinggi 20cm.
2. Isikan air ke dalam tong drum bawah sedikit daripada pelapik tadi.
3. Susun menegak beg-beg cendawan yang telah siap ke dalam tong drum dan tutup rapat.
4. Kukus 5-6 jam.
5. Sejukkan sebelum disuntik benih.


(C) PENYUNTIKAN BENIH
Bahan/Peralatan:
· Benih Cendawan
· Pencungkil Benih

Caranya :-
1. Penyuntikan benih ini hendaklah dilakukan di dalam keadaan bersih.
2. Hancurkan benih cendawan dengan pencungkil.
3. Buka mulut beg cendawan dan masukkan benih cendawan sebanyak satu sudu besar dan tutup kembali mulut beg cendawan.
4. Susun beg cendawan secara menegak di tempat yang redup dan sejuk (terlindung dari cahaya matahari)
5. Biarkan maisiliam tumbuh hingga memenuhi keseluruh beg cendawan (30-40 hari selepas disuntik benih).


(D) MEMUNGUT HASIL

1. Setelah maisilium memenuhi keseluruh beg cendawan, susunkan ke atas rak dengan cara merebahkannya.
2. Buka mulut beg cendawan dan tunggu hingga hasil pertama keluar (2-4 hari selepas dibuka).
3. Sembur air dengan percikan yang halus pada waktu pagi dan petang untuk meninggikan kelembapan dan merendahkan suhu.
4. Pungut cendawan yang telah berkembang sebelum tepi kelilingnya menjadi berombak-ombak.
5. Tutup kembali beg cendawan yang telah dipungut hasil dan tunggu hingga 7-10 hari untuk dibuka kembali.

Cendawan Kawal Kanser ?

Utusan Malaysia : 13 Januari 2008

OLEH SHAFINAZ SHEIKH MAZNAN

BUKAN satu rahsia.
Cendawan merupakan sebahagian daripada diet atau pemakanan yang bukan sahaja enak dan pelbagai tetapi juga berkhasiat dan penting dalam kehidupan seharian.Bayangkan sahaja sup cendawan keju dengan kruton atau dicampur bijirin yang lazat dan berkrim. Sungguh menyelerakan!

Kesan legendanya sebagai penawar herba kini turut meraih perhatian saintis Barat untuk melakukan penyelidikan demi penyelidikan.Cendawan telah diamalkan di dalam perubatan herba tradisional di China dan Jepun sejak beribu tahun lampau.

Di Asia, cendawan biasa digunakan untuk melegakan kesakitan dan merawat penyakit-penyakit seperti artritis.Tidak hairanlah jika spesies kulat yang sering diklasifikasikan dalam kumpulan yang sama dengan buah-buahan dan sayur-sayuran ini bakal muncul kelas seterusnya yang tersendiri dalam perubatan alami.

Pengamal perubatan tradisi Cina, Martin Powell dalam kunjungannya ke Kuala Lumpur baru-baru ini berkongsi maklumat bagaimana ‘sentuhan ajaib’ cendawan yang dakwanya, boleh digunakan untuk meningkatkan keberkesanan rawatan kanser.

Menurutnya, cendawan mempunyai manfaat unik bagi mereka yang menjalani rawatan konvensional kanser kerana selamat digunakan bersama-sama dengan perubatan moden.
‘‘Terdapat banyak perubatan herba yang tidak diterima oleh doktor kerana berkemungkinan interaksi dengan ubat, tetapi penggunaan cendawan ini dianggap selamat dan telah digunakan oleh doktor sebagai rawatan tambahan di Barat.

‘‘Coriolus versicolor merupakan cendawan yang paling banyak dikaji untuk menyokong kegunaannya ke atas kanser dan telah digunakan untuk terapi kanser di China dan Jepun. Pada lewat 1980-an jualan Coriolus di Jepun dianggarkan berjumlah AS$600 juta (RM2.884 bilion),” ujar Powell.

Anak kelahiran United Kingdom (UK) ini turut menyampaikan ceramah bertajuk Khasiat Cendawan dalam Pengawalan Kanser kepada para pengamal perubatan tradisi Cina, anjuran Bio-Life, sebuah syarikat tempatan yang berkecimpung dalam penjagaan kesihatan secara semula jadi.

Powell merupakan seorang ahli biokimia yang juga berkemahiran dalam perubatan Cina setelah melanjutkan pelajaran dalam bidang tersebut di Sekolah Akupuntur dan Perubatan Tradisional Cina London serta di Klinik Perubatan Tradisional Cina, Shanghai, China.

Kini, beliau merupakan pensyarah Perubatan Herba Cina dan Terapi Nutrisi di Universiti Westminister, London selain memberi syarahan tentang khasiat cendawan untuk Mycology Research Laboratories (MRL) di Portugal, Ireland dan England.

Powell telah menjadi tenaga pengajar sejak tahun 1997 dan mengajar mengenai perubatan Cina di Ireland dan Sweden.Pemakanan berkhasiat cendawan adalah salah satu bidang pengkhususannya.

Mengulas lanjut, Powell berkata, dua ekstrak daripada Coriolus versicolor telah diuji secara mendalam di China dan Jepun dan didapati mampu meningkatkan jangka hayat penghidap kanser payudara, paru-paru, perut, usus dan nasofarinks.

‘‘Kini, cendawan ini digunakan secara meluas untuk menyokong sistem imuniti badan dalam pengawalan kanser.‘‘Rawatan radioterapi dan kemoterapi akan melemahkan sistem imuniti badan dan pengambilan cendawan membantu keberkesanan rawatan, mengurangkan kesan sampingan serta menyokong sistem imun.

Berulang‘‘Pengambilan berterusan selepas rawatan membantu mengelak kanser daripada berulang. Selain itu, ia turut digunakan dalam beberapa masalah jangkitan virus yang kronik,” katanya.
Dalam perubatan Barat, apabila mereka menilai sesuatu penyakit, mereka tidak melihat seseorang itu secara keseluruhan walaupun ia penting terutamanya bagi penyakit tahap akut.
Powell tertarik dengan bagaimana masyarakat Cina membuat penilaian mengenai kesihatan dan penyakit.‘‘Ia ada kaitan dengan ‘yin dan yang’, tujuh emosi.
Contohnya jantung adalah keceriaan, limpa adalah kerisauan, ginjal adalah ketakutan, hati adalah kemarahan dan paru-paru adalah kesedihan.‘‘Manakala konsep keharmonian dan keseimbangan juga dianggap sebagai sesuatu yang diperlukan dalam kehidupan,” jelas beliau.

Tambahnya, cendawan yang paling banyak digunakan adalah Coriolus, Cordyceps sinensis dan Reishi (Lingzhi).Powell sendiri banyak menggunakan lingzhi untuk rawatan rinitis kerana ia bersifat antihistamin, antiradang dan bahan pemodulasi imun.

Ia membantu mereka yang kurang tenaga dan lelaki yang mempunyai fungsi seksual yang lemah.
Beliau memberitahu:
‘‘Saya akan mengambil Coriolus apabila mendapat selesema, semasa mengembara dan apabila berada dalam stres. Pengambilan Coriolus dan vitamin C membantu mengelakkan jangkitan.

‘‘Dalam masalah kanser seperti payudara, perut, usus, prostat, hati dan juga leukemia, pengambilannya berupaya membantu menyokong sistem imun.

‘‘Di UK, ada doktor haiwan yang memberi Coriolus kepada anjing dan kucing yang menghidap kanser tahap akhir dan ia membantu meningkatkan selera makan dan kualiti kehidupan haiwan berkenaan.”

Produk cendawan yang dimaksudkan oleh Powell adalah daripada MRL di California, yang memfokuskan kepada perkembangan klinikal untuk menyokong sistem imun.
MRL mempunyai perpustakaan yang ekstensif mengenai jenis-jenis cendawan untuk memastikan spesies cendawan yang betul dan bioaktif digunakan.

Contohnya, spesies yang betul mengikut Chinese Pharmocopoeia adalah Cordyceps sinensis, tetapi dianggarkan 75 peratus produk di pasaran menggunakan Cordyceps militarium.
Kajian menunjukkan cendawan Shiitake, Maitake, Reishi, Cordyceps sinensis dan Coriolus versicolor bersifat antitumor.

Maitake, Coriolus dan Reishi juga bersifat antiradang manakala Coriolus dan Reishi bermanfaat untuk melindungi hati.
‘‘Coriolus, Maitake dan Reishi mempunyai bahan hipoglisemik (mengurangkan kandungan gula darah) manakala Cordyceps mempunyai aktiviti steroid.

‘‘Cendawan ini mengandungi polisakarida berantai panjang, beta glukan dan proteoglikan dan enzim-enzim untuk mengelakkan tekanan oksidatif, menghalang perkembangan sel tak terkawal dan merangsang detoksifikasi,” terang Powell.

Thursday, June 26, 2008

TIPS - Kulat Hijau Dan Kulat Oren

Seperti yg dijanjikan dlm blog sebelum ni, ingin kami share kan serba sedikit tips yg diberikan oleh Pn Normah.
1) Kulat Hijau
Menurut beliau kejadian kulat hijau selepas bungkah matang adalah besar kemungkinannya dtg dr bari-bari. Dia ni jadi mcm agent pengangkutan kepada kulat hijau ni.
So berikut adalah langkah langkah yg harus diambil bagi mengatasi masaalah bari bari ni.
1. Keluarkan semua bungkah yg dah dijangkiti kulat hijau.
2. Tinggalkan beberapa bungkah cendawan yg terakhir dr rak yg telahpun dikutip hasilnya. Ensure semua tutup rehat dahpun dipasang kecuali beberapa rumpun cendawan. Menurut beliau kebanyakkan bari bari ni akan lepak kat cendawan yg masih tertinggal tu & mostly bari bari tu sedang dlm process pembiakan.
3. Sembur je rumpun cendawan tu dgn racun perosak mcm fumakilla, mortien, sheiltok dll
4. sebelum tutup rehat dibuka utk penghasilan round seterusnya, bungkah yg disembur dgn racuk perosak td hendaklah dibasuh dgn air.
2) Kulat oren
Pehh mmg hebat Pn Normah ni ... dia blh bau je spora kulat oren ni .... alah tegah kerana biasalah katakan.
So menurut belaiu jangkitan kulat oren ni selalunya berlaku dlm 2 minggu pertama selepas benih disuntik.
Cara utk menyelesaikkanya adalah mencucui kawasan yg terkena kulat oren dgn ubat pembasmi kuman i.e. clorox, klorin, detol dll .. pilihlah mana yg sesuai.
Sebelum hasil pertama .... semua bungkah yg dah dirawat dgn klorin, dettol dll tadi haruslah dibasuh dahulu bungkah tersebut.
Bukan basuh one by one ... memadai dgn spray dikawasan yg terkena bahan kawalan.
So berhati hati dgn angin yg senantiasa membawa spora kulat oren ini.

Resipe Cendawan Goreng






Bahan-bahannya :
1) 5 biji telur ayam yang di kacau rata
2) Tepung Kentucky
3) Cendawan segar baru petik dari ladang

Caranya :
1) Basuh cendawan dan toskan
2) Celup cendawan ke dalam sebatian telur yang dah dikacau
3) Gaul atau balik-balikkan cendawan ke atas tepung Kentucky
4) Masukkan kedalam kuali dan goreng sehingga garing

Perasa Tambahan :
1) Boleh buatkan sambal kicap
2) Atau sos cili dan sebagainya sebagai pencicah.